Sebelum saya melanjutkan pelajaran ke bumi Mesir pada tahun 1986 saya terlebih dahulu belajar di Madrasah al-Nahdah Bukit Besar Kedah. Saya dan sahabat-sahabat yang sama-sama saya yang datang dari Kolej Islam Klang menyewa disebuah rumah sewa berhampiran dengan Masjid Bukit Besar yang tidak jauh daripada madrasah.
Kami menyewa bersama-sama pelajar-pelajar lain yang belajar di madrasah tersebut. Tujuan kami pergi ke Madrasah tersebut hanyalah untuk mengambil syhadah yang diiktiraf oleh Universiti al-Azhar. Al-Hamdulillah persahabatan kami dengan pelajar-pelajar madrasah yang majoritinya daripada Negeri Kedah amat baik sekali.
Namun perasaan `masuliyyah zatiyyah’ di hadapan Allah menolak saya untuk tidak berpada dengan hanya sekadar belajar dan menumpukan pelajaran kepada peperiksaan. Jiwa dakwah sudah lama mengalir dalam darah daging saya. Saya merasa amat bertanggungjawab untuk memberi bimbingan kepada pelajar-pejajar sekolah, khususnya yang tinggal di dalam asrama dan pondok-podok disekitar sekolah.
Read more »