Tamrin Cuti Sekolah

Sebelum bercuti EXCO BADAR dari setiap zon memanggil penggerak-penggerak dakwah dikalangan pelajar `form 5′ untuk bermesyuarat bagi mengadakan tamrin sempena cuti sekolah. Tujuan tamrin adalah untuk melebarkan dakwah dikalangan pelajar-pelajar sekolah. Pengalaman dan hubungan semasa Nadwah Kepimpinan Islam dijadikan asas. Beberapa jawatankuasa ditubuhkan untuk menjayakan Tamrin tesebut bagi menghubungi rakan-rakan sekolah berasrama penuh zon Utara yang bakal diajak sama menyertai tamrin tersebut bersama pelajar-pelajar KIK zon utara.

Oleh kerana jumlah penyertaan adalah terhad kami terpaksa membuat pilihan peserta-peserta yang agak berpotensi menjadi kepimpinan sahaja yang akan ditawarkan menyertai tamrin ini. Dalam perbincangan kami menggariskan objektif tamrin adalah untuk memupuk kesedaran Islam dan membina perasaan bertanggungjawab terhadap agama di dalam diri perserta. Seterunya beberapa tajuk ceramah, kertas kerja, kuliah-kuliah selepas solat dan tazkirah telah ditentukan. Kemudian kami menyenaraikan nama-nama penceramah yang dikenali dizon utara. Pada tamrin tahun1983 kami memilih untuk mengadakannya di Madrasah Islamiah Derang yang diasaskan oleh ustaz Nikmat Yusuf.

Ternyata para peserta yang hadir amat merasa gembira dengan program yang dijalankan.

Bagi diriku peluang menyertai program luar yang bukan disusun oleh pihak sekolah merupakan pengalaman yang cukup bermakna dan amat berkesan, mungkin kerana wujud unsur-unsur usaha sendiri, keikhlasan dan pengorbanan untuk meningkatkan diri.

Leave a Reply