Pengorbanan
Semasa aku mula memasuki KIK aku berharap untuk dapat memasuki kelas sains. Namun kehendak Allah sebaliknya aku hanya mendapat kelas sastera 5. Semasa di tingkatan 4 aku mula merasai bosan terutamanya subjek Bahasa Arab yang agak rendah berbanding apa yang aku pelajari di Maktab Mahmud.
Namun keistimewaan program-program BADAR menjadikan aku rasa bersyukur. Selepas mendapat keputusan SPM aku di antara pelajar yang menapat tawaran menyambung pelajaran ke Australia. Entah macamana aku nekad untu tidak menghadiri temuduga dan melepaskan tawaran itu begitu sahaja.
Apa yang ada di dalam hatiku aku ingin menyambung ke tingkatan 6 dan ke Mesir. Aku masih ingat dalam satu majlis khusus dengan pimpinan BADAR mereka menggalakkan sebahagian ajk BADAR terus kekal di KIK sehingga 6 atas bagi menjamin kesinambungan amal-amal dakwah. Ketika itu aku terus meletakkan keazaman bahawa akulah yang akan menyahut cabaran itu.