Hijrah ke tiga

Hijrah aku pertamanya daripada bumi kelahiranku Batu Hampar ke bumi aku dibesarkan di sebuah keluarga nenekku Ramlah binti Saad yang telah kembali kerahmatullah. Hijrah kedua daripda kampungku ke Kg Alor Ibus kerana belajar di Maktab Mahmud Alor Star. Hijrah ketiga kebumi wakafan Kolej Islam Klang pada tahun 1982.

Ramai sahabat-sahabat di Maktab Mahmud menasihatiku supaya tidak berhijrah memandangkan ketika itu sijil KIK tidak di iktiraf ke tahun satu Universiti Al-Azhar. Terkedu juga hatiku mendengar nasihat sahabat-sahabatku yang perihatin. Memang aku bercita-cita melanjutkan pelajaranku ke Mesir tetapi aku juga telah menanam azam sejak di tingkatan satu lagi untuk meneruskan pelajaranku ke KIK yang tersohor ketika itu. Impianku ingin memilih jurusan sains, tetapi aku hanya mampu memasuki kelas 4 sastra 5 di KIK.

Aku ditempatkan sebilik dengan pelajar dari Terengganu, Kg Bari, Azhari seorang pelajar kelas sains, Joni Tamkin dari Johor sekarang dah Dr di U.Malaya dan Sabri Satar juga orang Terengganu. Tahun pertama di KIK merupakan satu pengalaman hidup yang tidak pernah aku lalui di mana-mana dalam hidupku.

Aku mengikuti oreantasi tarbiah yang cukup hebat. Puasa Isnin Khamis, solat tahajjud setiap pagi, kuliah hadis setiap lepas asar, zikir maksurat selepas maghrib, bacaan asma al-husna setiap pagi, kuliah maghrib, kuliah subuh setiap minggu, cearamah, hafazan ayat-ayat zikir, surah-surah lazim, Yasin, Sajadah dan al-Mulk. Usrah pula setiap minggu dengan naqib yang bersemangat terutama ketika itu Ayotollah al-Khumaini baru berjaya menggulingkan Shah Iran. Buku-buku revolusi Iran, poster-poster Khomaini berada di mana-mana.

Abang-abang senior dari UKM sering datang menziarahi pelajar dan meyampaikan ceramah di surau. Aku mula mengenali Hassan al-Banna, Syed Qutb, Abdul Qadir Audah, al-Maududi, Fathi Yakan dan Mustafa Masyhur. Buku-buku terjemahan terbitan Pustaka Salam memenuhi bilik BADAR. Suatu kefahaman menular kejiwa membawa suatu perasaan tanggungjawab dalam jiwa.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: