Matlamat Yang Jauh Pembakar Semangat

Semasa aku di tingkatan 4 abang-abang senior selalu memberi tazkirah di musolla. Setiap kali mereka bertazkirah kata-kata tokoh gerakan Islam seperti Hassan al-Banna, Hasan al-Hudhaibi, Mustafa Masyhur, Abdul Kadir Audah, Syed Qutub, Fathi Yakan dan ramai lagi menjadi lontaran idea mereka.

Kadang-kadang kata Syakib Arsalan, Mohd Iqbal dan al-Maududi juga dilontarkan. Bukan fikrah tokoh-tokoh ini sahaja yang dilontarkan malah buku-buku karangan tokoh-tokoh ini memenuhi kedai BADAR sehinggakan duit badar sahaja mencecah belasan ribu ringgit hasil jualan buku dan fotostate.

Fikrah pimpinan BADAR mengalahkan tokoh-tokoh pimpinan masyarakat semasa kerana idea-idea mereka dicedok daripada pemikiran yang terkenal seperti Hassan al-Banna. Kehidupan kerohanian di KIK dengan amalan berpuasa Isnin dan Khamis, berqiamullail setiap pagi, ceramah, kuliah, pembentangan kertas kerja dan tamrin menjadikan aku benar-benar hidup dalam dunia baru yang tidak aku dapati seumur hidupku sebelumnya.

Imam al-Banna meletakkan Syurga sebagai matlamat akhir perjuangan dan menggariskan susunan amal yang jelas bermula memantapkan 10 ciri individu muslim, membentuk keluarga dakwah, membina masyarakat Islam yang bertakaful, menasihati dan mengislahkan kerajaan, memerdekakan dunia Islam daripada cengkaman penjajah, menegakkan sistem khalifah dan menjadi ustaz kepada alam semesta.

Ia adalah matlamat jauh yang di dokong oleh BADAR dan semasa di KIK, fokus utama adalah meletakkan asas bagi melahirkan individu muslim yang syumul dan seimbang. Pandangan ini dikuatkan dengan kajian terhadap buku-buku fiqh seerah al-Buthi dan Mustafa al-Sibaie.

Aku mengimpikan suasana ini dapat dihidupkan disemua sekolah-sekolah di Malaysia khususnya sekolah-sekolah berasrama penuh.

2 Responses to “Matlamat Yang Jauh Pembakar Semangat”

  1. Assalamualaikum
    Kenangan-kenangan hidup anda pasti sungguh indah bagi diri anda. Kuatkanlah semangat untuk terus memperbaiki diri dan hulurkan kebaikan kepada insan sekeliling anda. Mudah-mudahan sampai jua kebaikan itu kepada saya.

    Maaf kiranya saya ingin bertanya:
    Bukankah zikrayat tersebut apabila disifatkan menurut bahasa arab seharusnya menjadi zikrayat tarbawiyah memandangkan zikrayat ialah jama3 mu2annas salim?

  2. ye tak ye jugak ye.
    masa tulis dulu x periksa pula nahu dia
    syukran…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: