Pemandu teksi

Selesai SPM aku dan sahabat merancang untuk mengadakan jaulah ke utara untuk menziarahi sahabat-sahabat seperjuangan. Kami menjadikan Pusat Dakwah Islamiah Alor Star sebagai tempat pertemuan. Pertemuan itu dapat mengubat rindu kami yang telah lama tidak bertemu dan berbincang hal-hal perjuangan. Seperti yang dijanjikan aku, F dan W  berjumpa semula. Kami merancang untuk menziarahi ustaz Sayuti di Jitra malangnya hajat kami tidak kesampaian. Setelah menjamu selera dipekan Jitra kami mengambil keputusan untuk pulang ke Alor Star. Oleh kerana hari sudah hampir petang kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi.

Setelah bersetuju dengan harga kamipun menaiki teksi. Aku duduk dihadapan bersama pemandu. Dalam perjalanan kami berbincang rancak mengenai situasi semasa umat Islam, bermula daripada kisah peperangan Salib, kejatuhan Turki Uthmaniah, kesan penjajahan pemikiran terhadap generasi terjajah dalam politik, ekonomi, pendidkan, sosial dan jati diri. Sekali sekala F dan W mengulas 20 protokol Zionis dalam membincangkan isu-isu terbabit.

Sejak daripada Jitra hingga ke Alor Star si pemandu teksi hanya mendiamkan diri dan sedikit terpegun. Mungkin dia terkejut dengan pemikiran kami yang baru sahaja tamat SPM. Dalam diam aku merasai betapa sahabat-sahabatku amat berbangga dengan fikrah yang mereka miliki. Aku teringat kisah pemuda-pemuda Mesir yang menaiki keretapi bersama dengan seorang Ikhwan yang tidak memasuki Universiti tetapi memiliki kejelasan fikrah terhadap isu semasa konflik punca dan penyelesaiannya.

Tiba di Alor Star W dan F meminta untuk berhenti di Pekan Rabu dan aku meminta pemandu teksi menghantarku terus ke stesen bas. Tiba di Pekan Rabu F dan W saling bersalaman denganku dan lupa untuk bersalam dengan pemandu teksi. Akhirnya aku mendengar sipemandu teksi merungut dihadapanku. ” Dengar idea hebat…  mengalahkan pelajar universiti tapi akhlak mengalahkan taik pit “.” Apa mereka anggap aku ini teruk sangatkah sampai tidak mahu bersalaman denganku..

Aku terkedu dan terkilan dengan kata-katanya.. Sampai di stesyen bas aku bersalaman dengan pemandu teksi, membayar wang tambang dan meminta maaf bagi pihak sahabat-sahabatku. Sehingga hari ini aku masih merasa malu terhadap sikap kami itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: