”Fasad al-intiha’ bi fasadil ibtida’.

Sebelum saya melanjutkan pelajaran ke bumi Mesir pada tahun 1986 saya terlebih dahulu belajar di Madrasah al-Nahdah Bukit Besar Kedah. Saya dan sahabat-sahabat yang sama-sama saya yang datang dari Kolej Islam Klang menyewa disebuah rumah sewa berhampiran dengan Masjid Bukit Besar yang tidak jauh daripada madrasah.

Kami menyewa bersama-sama pelajar-pelajar lain yang belajar di madrasah tersebut. Tujuan kami pergi ke Madrasah tersebut hanyalah untuk mengambil syhadah yang diiktiraf oleh Universiti al-Azhar. Al-Hamdulillah persahabatan kami dengan pelajar-pelajar madrasah yang majoritinya daripada Negeri Kedah amat baik sekali.

Namun perasaan `masuliyyah zatiyyah’ di hadapan Allah menolak saya untuk tidak berpada dengan hanya sekadar belajar dan menumpukan pelajaran kepada peperiksaan. Jiwa dakwah sudah lama mengalir dalam darah daging saya. Saya merasa amat bertanggungjawab untuk memberi bimbingan kepada pelajar-pejajar sekolah, khususnya yang tinggal di dalam asrama dan pondok-podok disekitar sekolah.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tinggal menumpang dipondok salah seorang pelajar di dalam kawasan sekolah. Mula-mula saya mengumpul adik-adik tingkatan 6 bawah dan membentuk sebuah badan yang dinamakan Badan Kepimpinan Pelajar bagi menguruskan aktiviti-aktiviti dakwah di sekolah.
Ternyata aktiviti yang dirancang seperti usrah, ceramah, qiamullail dan sebagainya dapat melatih serba sedikit seni kepimpinan kepada generasi pelapis dan berjaya membentuk reputasi yang baik di kalangan warga sekolah.

Bulan Oktober 1986 kami sampai ke Mesir dan majoriti sahabat-sahabat saya daripada negeri Kedah yang datang dari Madrasal al-Nahdah ditempatkan di sebuah rumah di Hayyu Sabi’ berhampiran dengan rumah Kedah.

Selang beberapa bulan saya dan beberapa sahabat dipindahkan daripada rumah yang disediakan oleh Persatuan Pelajar Negeri Kedah untuk tinggal bersama-sama sahabat lain di perumahan Omar Affendi. Perpindahan ini menjadikan saya terpisah daripada sahabat-sahabat senegeri dan satu sekolah .
Dengan perpindahan itu saya dan sahabat-sahabat ditohmah dengan pelbagai tohmahan. Sahabat-sahabat saya yang tidak sama-sama berpindah merasa amat sedih dan ada yang mengeluarkan airmata . Mereka merasa amat tertekan dengan tohmahan yang tidak masuk akal yang dituduh kepada kami.

Akhirnya mereka menamakan diri mereka sebagai ”Kumpulah Hur”. Mereka memilih untuk tidak menyertai persatuan negeri dan tinggal bebas. Mereka juga tidak mahu bersama-sama kami kerana merasa terlalu rendah diri atau kerana daripada awal mereka tidak dipelawa berpindah bersama-sama kami. Mereka mengakui keperibadian dan akhlak sahabat-sahabat yang bersama kami dan hubungan mesra antara kami masih bersih sehingga kini.

Saya dengar suasana krisis antara pelajar-pelajar Malaysia di Mesir masih serupa dan tidak berubah sehingga kini. Bumi Mesir benar-benar bumi ilmu. Hanya mereka yang cerdik dan ikhlas akan dapat mengutip permata-permata indah yang tersembunyi disebalik debu-debu dunia. Selebihnya akan pulang ke Malaysia membawa sekeping kertas ijazah namun akan tenggelam mengejar dunia fatamorgana.

Sehingga kini saya masih berfikir apakah faedah sebenar wujud persatuan-persatuan negeri di Mesir yang sepatutnya diwujudkan untuk memberi perkhidmatan kepada pelajar tanpa rasa irihati jika pelajar-pelajar yang ada di Mesir tidak memerlukan khidmat mereka. Sebaliknya pelajar-pelajar baru akan dikepung dan di halang daripada menemui kenalan sahabat atau saudaranya yang lain.

Sepatutnya semua pihak bersifat terbuka dan bersaing secara sihat. Setiap pihak mengemukakan idea dan fikrah masing-masing dan ijtihad masing-masing dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim dan pelajar dan semua pejajar diberi peluang menilai dan memilih pasukan mana yang ingin disertai.
Sebaliknya sikap memburuk-burukkan orang lain, memfitnah, mentohmah dan sebagainya bukan akhlak Islam dan bukanlah permulaan yang baik dalam berdakwah. Kerana walaupun pelajar baru memilih menyertainya dengan anggapan pihak satu lagi adalah pihak yang salah tetapi lambat laun mereka akan dapat menilainya. Ketika itu sama ada mereka akan menyertai pihak yang mereka lihat lebih benar atau mereka meninggalkan kedua-duanya. Atau mereka akan terus menyertai kumpulan pertama dengan hati yang berat dan apabila mereka tiba ditanah air mereka tetap memilih haluan yang berbeza.

One Response to “”Fasad al-intiha’ bi fasadil ibtida’.”

  1. Perlu untuk mereka yg akan ke Mesir,bertemu dengan mereka yg sudah ke Mesir.Agar tidak berulang kisah yang sama.~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: