BADAR

Badan Dakwah dan Rohani KIK merupakan wadah terbuka di Kolej Islam Klang (KIK) yang banyak mewarnai budaya pelajar-pelajar ketika zaman aku 1982-1985. Budaya ini berterusan sehingga awal 90an ( lepastu aku tak pasti) .  Ia adalah badan resmi kepimpinan pelajar dimana semua pelajar secara resmi dikumpulkan dalam kumpulan usrah. Kumpulan-kumpulan usrah yang berjalan baik biasanya kmpulan pelajar-pelajar tinkatan 4 dan 5 sahaja. Lain-lain tingkatan boleh dikatakan tidak berjalan.

Semasa itu fikrah Ikhwan Muslimin mendominasi fikrah-fikrah pimpinan BADAR. Fikrah merubah tamaddun manusia bermula dengan mengubah halatuju dan keutamaan amalan kehidupan muslim dengan tidak mengabaikan peluang-peluang semasa bagi menguatkan Islam.

Pelajar-pelajar yang beriman dengan fikrah ini akan dipilih dan ditarbiyyah secara khusus dan biasanya mereka dijadikan naqib-naqib kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5.

Sejak ditingkatan 4 lagi aku merasai nikmat ukhuwwah Islamiyyah, nikmat menghayati hidup sebagai seorang muslim dengan amalan-amalan puasa sunat, qiamullail, menghadiri majlis-majlis ilmu, tazkirah, kuliah, forum, rehlah perkemahan dan nadwah yang sering di adakan di KIK. Program-program ini berjaya menjadi biah yang solehah bagi membantu aku bermujahadah membetulkan kecenderungan nafsu kepada apa yang diredai Allah.

Semasa di tingkatan 5 aku menjadi naqib kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 yang di adakan di musollah setiap minggu. Kami juga di jadualkan agar sentiasa memberi tazkirah di Musolla. Objektif tarbiah pelajar tingkatan 4 disekitar memahami cara hidup Islam sebenar, memahami Islam sebagai manhaj hidup yang Syumul, memahami serangan musuh-musuh Islam dan perancangannya, membersihkan jiwa mereka daripada akhlak-akhlak tercela dengan menanamkan akhlak-akhlak Islam, menimbulkan perasaan bertanggungjawab terhadap Islam dan umat Islam, membiasakan mereka malakukan amalan-amalan sunat dan mujahadah al-nafs dan membantu mereka menghafaz ayat-ayat lazim, wirid-wirid al-maksurat dan tahlil dan sebagainya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: