Nadwah Kepimpinan Islam

Program yang dinanti-nantikan oleh semua ajk BADAR ialah Nadwah Kepimpinan Islam yang dianjurkan setiap tahun. Peserta Nadwah ini terdiri daripada barisan kepimpinan pelajar-pejajar berasrama penuh yang berkampung selama seminggu di KIK.

Nadwah ini bertujuan untuk membina ciri-ciri kepimpinan yang berasaskan kepada Islam kepada pelajar-pelajar berasrama penuh. Antara pengisian Nadwah ialah pembentangan kertas kerja, kuliah dan bengkel pemantapan kefahaman.

Nadwah ini benar-benar melatih ajk BADAR dalam membuat perancangan program, pembahagian tugas dan mengendalikan program sepanjang masa NADWAH. Antara biro yang diwujudkan bagi melicinkan perjalanan NADWAH ialah biro Ceramah dan Kertas Kerja, Biro Penginapan dan Makanan, Biro Penerbitan dan Pulisiti, Biro Protokol dan Biro Ekonomi. Biro-biro ini diketuai oleh seorang pengerusi yang menjadi ahli majlis mesyurat AJK program. Pengerusi ini pula akan dibantu beberapa orang ajk.

Malah inilah juga antara biro-biro yang sedia ada dalam BADAR.

Hidup dalam suasana Islamik, berfikir, berbincang isu-isu permasalahan ummah dan penyelesaiannya merupakan biah keimanan yang amat manis yang sukar dilupakan. Jadual Nadwah akan bermula dengan solat tahajjud, solat subuh berjamaah, bacaan ma’thurat dan pembentangan dua kertas kerja solat zohor dan bengkel.

Tajuk-tajuk Nadwah biasanya disekitar memupuk kesedaran dan kefahaman terhadap isu-isu umat Islam, punca dan penyelesaiaan. Antaranya seperti : Erti menganut Islam, Aqidah asas pembentukan Ummah, Penjajahan pemikiran, Gerakan Musuh-musuh Islam, Kesyumulan Islam, Akhlak-akhlak Islam dan sebagainya.

Biasanya pembentang-pembentang kertaskerja terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam semasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: